Saturday, October 17, 2009



Ini baju hujan inivasi, yang mempunyai pelbagi poket..Ianya dinamakan sebagai
"Baju Hujan Poket"...Ianya dicipta khas kepada guru-guru dan murid-murid yang berada di kawasan pendalaman. Sudah sedia maklum mereka kekurangan kemudahan asas. Baju ini dapat menyimpan beberapa jenis barang-barang seperti, botol minuman kecil, buku-buku latihan & nota-nota yang ringan dan kecil, bekas pensil, dompet, dan lain-lain. Semasa hari hujan guru-guru dan murid-murid di kawasan pendalaman akan menghadapi maslah untuk sampai ke sekolah, jadi dengan adanya baju hujan poket ini mungkin akan lebih membantu dan memudahkan mereka membawa barang-barang yang diperlukan...

Bagaimana inovasi dan apa inovasi???

Inovasi adalah hasil cetusan idea-idea yang kreatif dalam mana-mana aspek kerja yang dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti organisasi. Hasil inovasi ini boleh merangkumi apa-apa perubahan kepada sistem, prosedur, kaedah dan/atau cara bekerja.

Pelaksanaan hasil inovasi ini akhirnya dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan serta memberi faedah kepada pelanggan.